fbpx

Isteri layak tuntut fasakh jika suami ‘biawak hidup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri yang tertekan akibat suami tidak menjalankan tanggungjawab memberi nafkah boleh membuat tuntutan daripada lelaki berkenaan di mahkamah syariah. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Golongan isteri yang menanggung ‘biawak hidup’ boleh memohon fasakh di mahkamah syariah dengan mengemukakan bukti menunjukkan pasangannya tidak menjalankan tanggungjawab memberi nafkah.

Peguam syarie, Nurul Atikah Abd. Rashid berkata, selain fasakh, kaedah lain yang boleh dilakukan ialah dengan me­nuntut nafkah tersebut dan ia akan diputuskan oleh hakim di mahkamah.

“Bagaimanapun, dilema bagi isteri ini apabila jika menuntut nafkah, mereka sedar suami tidak mempunyai wang untuk diberikan dan ditambah lagi mereka (lelaki) tidak bekerja.

“Justeru apabila hendak me­nuntut fasakh di mahkamah, isteri kena kemukakan bukti contohnya tidak dapat nafkah lebih tiga bulan berturut-turut dan hanya menggunakan duitnya sahaja, bukan wang suami,” kata­nya kepada Kosmo! semalam.

Golongan isteri boleh memfailkan tuntutan di mahkamah syariah bagi mendapatkan keadilan. – Gambar hiasan

Ditanya mengenai kes-kes yang pernah diterima, Nurul Atikah berkata, dia banyak mende­ngar luahan daripada golongan isteri yang berdepan situasi suami tidak bekerja.

“Ada isteri terpaksa gadai barang kemas bayar hutang suami keliling pinggang disebabkan lelaki tidak bekerja.

Berita berkaitan: Isteri derita tanggung ‘biawak hidup’

“Sampaikan ada juga suami yang kaki judi dan kerap berhutang dengan orang lain.

“Akibatnya isteri terpaksa bayar hutang tersebut kerana diganggu di rumah. Ada juga golongan isteri bekerja berdepan situasi sama tetapi terpaksa gadai barang kemas kerana wang tidak mencukupi,” katanya.

Ujarnya lagi, luahan dan permasalahan itu diterima menerusi mesej pada media sosial bagi mencari jalan terbaik berhubung masalah tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI