fbpx

Gempa bumi kuat gegar Sumatera Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis membantu memindahkan pesakit selepas gempa bermagnitud 6.2 merosakkan sebuah hospital tempatan di Pasaman Barat, wilayah Sumatera Utara pada 25 Februari lalu. - AFP

JAKARTA – Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan pantai Indonesia lewat kelmarin, demikian menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), menyebabkan orang ramai bertempiaran  meninggalkan kediaman mereka tetapi tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan setakat ini.

Gempa cetek itu berlaku di perairan barat daya Pulau Sumatera, sekitar  pukul 9.30 malam (waktu tempatan). Lokasi paling hampir dengan bencana tersebut adalah Bengkulu, wilayah Sumatera Selatan dan Lampung.

Bencana itu mengakibatkan penduduk di Sumatera Selatan dan Bengkulu bergegas keluar dari kediaman masing-masing, demikian menurut media tempatan dan saksi yang dihubungi oleh agensi berita AFP.

Pihak berkuasa tidak melaporkan sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan sejurus selepas gempa berlaku, namun  USGS menganggarkan terdapat kemungkinan berlaku kerosakan di daratan di Pulau Sumatera. Ancaman tsunami juga tidak dikeluarkan.

Bagaimanapun, Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia (BKMG) menasihatkan penduduk supaya ‘berwaspada dengan kemungkinan berlakunya gegaran susulan’.

BKMG mengklasifikasikan gegaran itu sebagai gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter. Pusat gempa pula berada di tengah laut, kira-kira 64 kilometer dari pantai.

Indonesia terletak dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik, menyebabkan ia kerap mengalami gempa bumi.

Gempa bumi kuat  terakhir yang menggegarkan Indonesia adalah pada Mac lalu, apabila gegaran bermagnitud  6.7 melanda pantai barat Pulau Sumatera. Penduduk pulau Nias dan Hibala di Sumatera Utara dilaporkan  terjaga akibat  gegaran itu. Ia diikuti dengan beberapa siri gegaran susulan yang kuat. 

Pada Februari tahun ini, gempa bermagnitud 6.2 menggegarkan rantau utara Sumatera dan mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang terkorban dan berpuluh-puluh yang lain cedera. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI