fbpx

F1 anggap Russia tidak lagi ‘wujud’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOCHI sepatutnya menganjurkan perlumbaan terakhir F1 musim ini sebelum ia bakal dipindahkan ke St. Petersburg. – AFP

LONDON – Akibat pepera­ngan yang terus berlanjutan, tiada sebarang rundingan akan dibuat terutama melibatkan penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Rusia musim depan.

Berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, F1 mengambil tindakan keras apabila memba­talkan perlumbaan dan kontrak GP Rusia serta merta.

Tindakan tersebut sekali gus menyebabkan impian untuk melihat Litar Sochi mengadakan perlumbaan buat kali terakhir sebelum berpindah ke St. Petersburg pada 2023 terus berkecai.

Perlumbaan pertama di Sochi berlangsung pada 2014 dan sejak itu, Mercedes telah memenangi setiap perlumbaan menerusi Lewis Hamilton yang meraih lima kemenangan dan rakan sepasukannya, Valtteri Bottas menjulang dua gelaran di litar kebanggaan Rusia tersebut.

Dalam satu laporan antarabangsa, Presiden Formula 1, Stefano Domenicali menjelaskan, tidak ada sebarang pe­rancangan untuk melawat semula ke Rusia dan mengadakan rundingan pe­nganjuran.

“Saya sentiasa percaya bahawa kita tidak sepatutnya me­ngatakan tidak, tetapi dalam kes seperti ini saya boleh katakan kami tidak akan lagi berunding dengan mereka (Rusia)

“Tidak akan ada lagi perlumbaan di Rusia dan tidak ada lagi sebarang pertemuan,” kata Domenicali.

Sementara itu, Promoter Grand Prix Rusia, Alexey Titov berkata, F1 masih berhutang de­ngan mereka kerana memutuskan kontrak lebih awal.

“Hutang ini wujud dan ia disahkan. Pendirian kami tidak berubah dan tuntutan akan dibuat. Keadaan semasa dalam sukan dunia telah dipolitikkan.

“Apa yang kita lihat, tindakan yang mereka buat tiada kaitan dengan semangat kesukanan yang sebenar,” kata Titov. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI