fbpx

Di mana lagi tempat selamat nak simpan duit?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Hujung minggu lalu, kecoh seorang doktor pakar kehilangan wang simpanan dalam sebuah bank berjumlah RM13,000.

Bagi golongan M40 jumlah itu adalah sangat besar, mahu terduduk menangis, meratap jika penulis sendiri kehilangan wang dalam jumlah tersebut.

Dr. Rafidah Abdullah yang kehilangan wang itu juga tidak mahu duduk diam.

Katanya, menerusi posting di media sosial, beliau akan membuat ‘bising’ sehingga ramai pihak buka mata berhubung isu kehilangan wang dalam akaun bank yang sudah lama berlaku.

Beliau akan membuat ‘bising’ bagi pihak mangsa lain yang ‘senyap’ setelah kehilangan wang mereka secara tiba-tiba dalam akaun bank.

Kisah Dr. Rafidah sebenarnya antara puluhan lain kisah rakyat marhaen yang turut terkena ‘duit tiba-tiba hilang’ dalam bank.

Banyak perkongsian orang ramai di media sosial isu duit hilang, ada yang kemurungan beberapa tahun apabila duit lesap begitu sahaja atas sebab tersalah bagi Kod Kebenaran Transaksi (TAC) atau atas sebab tidak diketahui lain.

Ketika ini juga ada gerakan di media sosial untuk orang ramai menukar akaun bank tidak selamat kepada akaun bank lain yang lebih selamat dari segi sekuriti.

Terima kasih juga kepada Dr. Rafidah yang ‘bising’ tentang isu ini supaya dapat membuka mata pihak berwajib tentang sekuriti bank tempatan yang makin tidak selamat.

Scammer dan penggodam semakin licik dengan pelbagai taktik, tetapi sekuriti bank masih ditakuk lama.

Sampai bila sekadar laporan polis dibuat, tetapi duit yang hilang tidak berganti.

Apa yang paling penting dalam zaman scammer ini adalah kita tidak terlalu cepat tangan tekan pautan yang dikongsi atau diterima melalui telefon bimbit.

Contohnya, baucar makanan segera, penerimaan parcel atau bungkusan dan tawaran hotel murah.

Disebabkan jari kita terlalu laju menekan pautan itu, segala data peribadi mudah disedut oleh scammer yang mempunyai kemahiran dari hari ke hari.

Pernah tular satu pautan baucar ayam goreng murah tahun lepas sehingga restoran terpaksa membuat pengesahan bahawa itu merupakan scammer.

Jangan salahkan pihak lain jika jari sendiri yang laju menekan sana sini, tiba-tiba duit lesap kita sendiri yang menangis di bucu katil.

Selain jari sendiri yang patut dijaga, pihak bank tempatan di negara ini pula mesti menambah baik sekuriti kerana penggodam sentiasa tunggu masa untuk sedut duit pelanggan.

Mana lagi kami mahu simpan duit selepas ini jika bank pun sudah tidak selamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI