fbpx

Beting Beras Basah bakal dinaik taraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khalid (dua dari kiri) ketika melawat Beting Beras Basah, Bagan Datuk hari ini. - Foto AIN SAFRE BIDIN

BAGAN DATUK – Kerajaan negeri Perak akan menaik taraf fasiliti sedia ada yang terdapat di Beting Beras Basah di sini.

Orang Besar Jajahan Bagan Datuk, Toh Seri Lela Paduka Prof. Dr. Khalid Ismail berkata, antara fasiliti yang akan dinaik taraf termasuklah galeri, monumen keris Taming Sari, gazebo, surau dan pagar.

“Kita juga merangka beberapa strategi pembangunan untuk merangsang ekonomi dan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

“Projek menaik taraf bernilai RM1 juta ini dijangka bermula awal tahun hadapan dan siap pertengahan 2024,” katanya kepada pemberita di Beting Beras Basah di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri mesyuarat berhubung projek pembangunan di Beting Beras Basah bersama-sama pihak berwajib seperti Tenaga Nasional Berhad, Baitulmal Daerah Bagan Datuk dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Beliau berkata, sebuah monumen keris rekaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar bernilai RM85,000 yang mana ia dibiayai Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. turut akan dibina di sana.

“Ia merupakan satu lagi inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan di Beting Beras Basah sebagai pemangkin pertumbuhan industri pelancongan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI