fbpx

Bakar sekolah kerana wang RM61

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEROMPAK bakar bangunan sekolah untuk mendapatkan wang 500 baht. -Khaosod

BANGKOK – Seorang perompak yang terdesak bertindak membakar bangunan sebuah sekolah di Buriram, Thailand untuk menutup jenayah rompakan yang hanya mengambil wang 500 baht (RM61.86), lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Sekolah Kuil Wat Kok Charoen dibakar pada Jumaat lalu. Suspek  tidak dikenali itu meninggalkan nota pelik yang mengatakan “Saya sayang Perdana Menteri. Saya minta maaf, saya perlukan wang”.

Ketua Polis Daerah Phlapphla Chai menerima laporan kebakaran di sekolah itu sebelum polis dan bomba dikerah ke lokasi kejadian.

Mereka mendapati sebuah bangunan yang penuh dengan peralatan dan perabot sekolah termasuk sebuah tong minyak telah terbakar.

Anggota bomba bertungkus-lumus menghalang api daripada merebak ke bangunan lain di sekolah itu sebelum berjaya mengawalnya dalam masa sejam.

Bangunan itu rosak teruk dan memerlukan pembinaan semula secara keseluruhan dengan lantai dan dinding perlu diganti. Semua perabot dan peralatan di dalamnya musnah.

Sebuah kamera keselamatan dipusingkan untuk mengelak daripada merakamkan kejadian kebakaran manakala dua lagi kamera di sekolah itu dialihkan sepenuhnya dan dibakar. Pelayan yang menyimpan semua rakaman telah disapu bersih.

Beberapa kunci yang mampu membuka semua meja guru di sekolah itu ditemui manakala suspek didakwa mencari wang dan barang berharga. Perompak itu hanya mengambil wang tunai 500 baht.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI