fbpx

Amaran ribut petir mulai 27 hingga 30 Ogos seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan hujan lebat dan ribut petir di seluruh negara dalam tempoh 27 hingga 30 Ogos 2022.

Jangkaan tersebut berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, tiupan angin di rantau negara dijangka menjadi lemah dan pelbagai hala dalam tempoh berkenaan.

“keadaan itu adalah kondusif untuk pembentukan awan ribut petir terutama pada sebelah petang hingga awal malam.

“Ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, Sarawak (tengah dan utara), barat Sabah serta WP Labuan dalam tempoh berkenaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi MetMalaysia dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI