fbpx

160 warga JKR jahit bendera gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan JKR Klang mengibarkan bendera berlatarkan Jalur Gemilang gergasi yang dijahit mereka. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Sambutan Hari Kebangsaan diterjemahkan dengan cara sendiri oleh 160 kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan menjahit dan mengibarkan Jalur Gemilang gergasi di bangunan mereka.

Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Ir. Mohd. Zawawi Zakaria berkata, bendera sepanjang 22 meter dan setinggi enam meter itu berjaya dihasilkan dalam tempoh tiga hari.

Katanya, kakitangan melakukan jahitan bendera secara syif di bengkel menggunakan peralatan mereka sendiri.

“Ini merupakan sambutan kali pertama selepas pandemik Covid-19 sebelum ini sehingga membataskan program-program berkaitan.

“Jadi, penghasilannya lebih kepada keterujaan warga JKR dalam menyemarakkan lagi Hari Kebangsaan di Selangor khususnya,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Jalur Gemilang itu di pejabat JKR Klang.

Menurut beliau, kos bagi pembuatan bendera itu dianggarkan RM2,000 yang diperoleh hasil kutipan di kalangan warga JKR Klang.

Mohd. Zawawi menambah, program bendera gergasi adalah kali pertama dianjurkan JKR Selangor dan akan diperluaskan di JKR daerah lain.

“Kita juga akan berbincang sama ada akan membawa dan menunjukkan bendera gergasi dalam perbarisan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada ambang merdeka,” jelasnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI