ROM – Seorang lelaki Itali mati akibat terjatuh ke dalam gaung sejurus selepas memuat naik gambar swafoto bersama teman wanitanya ketika mereka mendaki sebuah kawasan berbatu popular, lapor akhbar New York Post semalam.
Andrea Mazzetto, 30, dikatakan cuba mengambil telefon bimbitnya yang tercicir sebelum jatuh dari ketinggian 198.12 meter di kawasan batu Altar Knotto.
Pasukan penyelamat yang tiba menggunakan helikopter, mengesahkan Mazzetto mati di tempat kejadian.
Lelaki yang mempunyai hampir 2,500 pengikut di laman Instagramnya sebelum ini kerap berkongsi gambar-gambar pendakiannya bersama teman wanita, Sara Bragante.
Dia juga sempat mengemas kini akaun media sosialnya dengan memuat naik gambar swafoto bersama Bragante sejurus sebelum kemalangan berlaku.
“Gambar sumpahan terakhir kami bersama. Kamu akan sentiasa bersama saya,” tulis Bragante bersama-sama gambar tersebut.
Laporan awal menyebut bahawa Mazzetto cuba mendapatkan telefon bimbit Bragante, namun polis kemudian menjelaskan bahawa peranti tersebut adalah milik mangsa. – Agensi