fbpx

Sumbat 252 kg daun ketum dalam Hyundai Starex

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOK BENG YEOW

KULAI – Bekalan ketum di Iskandar Puteri terputus setelah polis menahan seorang penghantar lelaki dan merampas 252 kilogram (kg) daun ketum dalam pemeriksaan yang dilakukan di Plaza Tol Senai, Lebuh Raya Utara-Selatan, arah utara, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan oleh Trafik Bukit Aman kira-kira pukul 10.30 pagi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan jenis Hyundai Starex yang dipandu suspek menjumpai 22 bungkus plastik hitam disyaki daun ketum yang dianggarkan bernilai RM 2,520.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku menjadi penghantar daun ketum sekitar daerah Iskandar Puteri. Suspek aktif membuat penghantaran sejak bulan lalu.

“Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beng Yeow berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah Methamphetamine.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

“Suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI