fbpx

Suami isteri paksa anak kes sekolah terselamat dari kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran rumah Wan Samsul di di Kampung Batu Putih, Pulau Serai, Dungun hari ini.

DUNGUN – Gerak hati pasangan suami isteri yang mahu anak bongsu mereka tetap pergi ke sekolah menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu daripada rentung dalam kebakaran rumah mereka di Kampung Batu Putih, Pulau Serai di sini hari ini.

Wan Samsul Baharin Wan Endot, 51, berkata, sebelum kejadian, anaknya, Wan Maizatul Farisya, 8, memohon kebenaran tidak mahu ke sekolah selepas mengadu batuk dan selesema.

“Permintaan itu ditegah isteri saya, Azlina Majid, 47. Mujurlah anak saya dipaksa jugak ke sekolah, tidak tahu apa jadi kepada dia kalau sebaliknya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu, Wan Samsul Bahrin dan isteri serta lima anaknya terselamat ekoran mereka masing-masing keluar bekerja dan bersekolah.

Wan Samsul Bahrin yang bekerja sebagai buruh berkata, dia mengetahui rumah pusaka berusia lebih 50 tahun yang didiami mereka sekeluarga terbakar selepas dihubungi jirannya.

“Saya baru sahaja tinggalkan rumah pada pukul 8.15 pagi. Tidak sampai setengah jam selepas itu, jiran hubungi maklum ternampak api sedang marak dari bahagian dapur rumah saya.

“Sebaik tiba di rumah, rumah sudah hangus terbakar. Sedih semua musnah termasuk pakaian dan barangan berharga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI