HAMPIR setahun berlalu, berita pengunduran penyanyi Soojin daripada kumpulan (G)I-DLE selepas dituduh membuli oleh bekas rakan sekolahnya masih segar dalam ingatan peminat.
Selepas menghilangkan diri, Soojin langsung tidak muncul di depan khalayak sehingga menimbulkan tanda tanya ramai tentang keberadaannya ketika ini.
Meskipun ada yang berharap dia kembali memulakan debut sebagai artis solo, tetapi nampaknya harapan tersebut masih samar memandangkan dia kini menyepikan diri.
Sebelum ini pada Mei lalu, Soojin dikhabarkan akan menyertai label Big Planet Made yang menaungi beberapa artis popular lain seperti VIVIZ, Soyou SISTAR dan bekas ahli NU’EST, Ren.
Biarpun begitu, seorang individu yang mendakwa sebagai rakan baik penyanyi itu tampil meleraikan keresahan peminat apabila berkongsi perkembangan terkini Soojin.
Individu itu tidak banyak bercakap tentang Soojin tetapi dia meyakinkan peminat bahawa penyanyi itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan sama ada Soojin benar-benar akan kembali menyertai industri K-pop atau tidak, namun dalam masa sama peminat masih mengharapkan kemunculannya semula.