KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail memberi peringatan agar setiap jalan, bangunan, masjid dan sekolah tidak boleh menggunakan nama mana-mana individu yang masih hidup.
Titah baginda, keputusan berhubung perkara itu pernah dibuat sewaktu baginda memegang jawatan Yang Dipertuan Agong bagi tempoh tahun 2001 sehingga 2006 lalu.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, baginda memberi peringatan berkenaan memandangkan hanya nama-nama raja sahaja boleh digunakan bagi tujuan itu.
“Jadi hari ini beta tolong sampaikan maklumat yang telah lama terbungkus.
“Semua (pelaksanaan) ini ada sebab-sebab tertentu oleh kabinet pada masa itu dan beta ingatkan rakyat untuk (rujukan) pada masa depan,” titah baginda pada majlis Perasmian Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE