fbpx

Pertarungan Tyson Fury, Oleksandr Usyk bakal jadi realiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FURY akan kembali semula ke gelanggang untuk menyahut cabaran Usyk. – AFP

LONDON – Petinju sensasi Britain, Tyson Fury dijangka keluar daripada persaraan untuk bertarung dengan jaguh tinju Ukraine, Oleksandr Usyk yang menawarkan hadiah lumayan di Arab Saudi Disember depan.

Difahamkan, kedua-dua pe­tinju sudah mula melakukan perbincangan untuk bertarung merebut kejuaraan heavyweight dunia pada 17 Disember.

Malah, jumlah wang tunai yang ditawarkan oleh penganjur dijangka melebihi angka £85 juta (RM450 juta) tidak seperti yang diterima Usyk dan petinju Britain, Anthony Joshua pada pertarungan di Jeddah, Arab Saudi kelmarin.

Lebih menarik, tarikh itu juga menyaksikan pertarungan tersebut dilakukan sehari sebelum final Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar.

Menteri Sukan Arab Saudi, Putera Mohammad Abdulaziz mengesahkan, pihaknya cukup berminat untuk menganjurkan satu lagi pertaru­ngan tinju antarabangsa dalam masa terdekat selepas aksi Usyk-Joshua mendapat sambutan mengga­lakkan.

“Kami sedang melakukan perbincangan untuk anjurkan pertarungan heavyweight dan kali ini ia akan dilangsungkan di Riyadh,” kata Abdulaziz.

Sementara itu, Usyk meng­akui sasarannya selepas ini adalah untuk menewaskan Fury di atas gelanggang kompetitif bagi membuktikan siapa petinju kategori heavyweight terbaik di dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI