fbpx

Peniaga burger maut motosikal rempuh lori, kelindan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosli yang menunggang Benelli meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di seluruh anggota badan.

ALOR GAJAH – Seorang peniaga burger maut selepas motosikal ditunggang terlibat dalam nahas membabitkan tiga buah lori di Kilometer 206.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan), di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu, mangsa Rosli Yaakob, 39, yang menunggang motosikal jenis Benelli TRK 502 maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di pelbagai anggota badan.

Seorang kelindan lori berusia 39 tahun turut mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke zon merah Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kejadian berlaku selepas sebuah lori kurier memperlahankan kenderaan ekoran terdapat kerja-kerja menaik taraf di lorong paling kanan.

Katanya, sebuah lori membawa muatan sangkar ayam yang berada di belakang turut memperlahankan kenderaan dan menyalakan lampu kecemasan.

“Sebuah lagi lori iaitu lori ketiga yang tiba dari arah belakang bagaimanapun terus melanggar lori sangkar ayam terbabit menyebabkan kenderaan berat itu mengelongsor ke hadapan dan merempuh lori parcel.

“Lori tersebut kemudian terhenti tanpa sebarang lampu di lorong paling kiri dengan keadaan pemandunya tersepit di dalam kenderaan,” katanya.

Tambahnya, selang beberapa minit kemudian seorang kelindan lori warga Bangladesh telah turun dari lori sangkar ayam dinaikinya bagi menjaga laluan trafik menggunakan cahaya telefon bimbit di lorong kecemasan.

“Kemudian datang sebuah motosikal ditunggang seorang peniaga burger merempuh kelindan berkenaan dan melanggar bahagian belakang lori ketiga.

“Akibat kemalangan itu, penunggang telah mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi, manakala kelindan tersebut dikejarkan ke zon merah Hospital Melaka,” katanya.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI