fbpx

Najib masuk penjara sohor di Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tanda pagar 'Najib' sohor di Twitter.

PETALING JAYA – Nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sohor di Twitter sejak pagi tadi apabila rata-rata pengguna media sosial seperti tidak sabar menunggu keputusan akhir perbicaraan kes rasuah dan penyelewengan dana SRC.

Tinjauan Kosmo! di platform tersebut mendapati sehingga kini tanda pagar ‘Najib’ meraih lebih 130,000 ciapan dalam tempoh dua jam selain beberapa nama lain seperti isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Hakim, Tun Tengku Maimun Tuan Mat juga menjadi tular.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan Putrajaya mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas perdana menteri keenam itu pada prosiding yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Sementara itu, pelbagai reaksi diberikan orang ramai berhubung keputusan tersebut.

“Rasanya denda banyak itu belum cukup untuk sedarkan Najib dari kesalahan yang beliau buat,” ciap seorang pengguna.

“Najib masuk penjara, ramai tepuk tangan berpuas hati, kita tunggu pula apa keputusan mahkamah berkaitan isterinya nanti,” ciap pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI