fbpx

Tetap tunggu Najib luar mahkamah walaupun hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyokong Najib kekal menunggu beliau di luar mahkamah meskipun dalam keadaan hujan

PUTRAJAYA – Semangat perjuangan ditampilkan penyokong Datuk Seri Najib Razak terus membara meskipun terpaksa menunggu bekas Perdana Menteri itu dalam keadaan hujan di luar Mahkamah Persekutuan ketika ini.

Berdasarkan pemerhatian Kosmo!, rata-rata penyokong kekal berada di luar mahkamah meskipun langit Putrajaya dibasahi hujan ketika ini.

Kesemua mereka dilihat setia memberikan sokongan kepada Najib sejak pukul 8 pagi tadi selain masih menunggu Ahli Parlimen Pekan itu untuk keluar dari mahkamah.

Terdahulu, Najib kekal dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta oleh Mahkamah Persekutuan di sini sebentar tadi.

Keputusan sebulat suara itu (unanimous) dibuat panel lima hakim yang diketuai Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Dalam penghakimannya, ketika membaca keputusan itu Hakim Tengku Maimun mendapati keputusan Hakim Mahkamah Tinggi dan panel-panel Hakim Mahkamah Rayuan sebelum ini adalah selamat dan tidak perlu diubah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI