fbpx

Kylian Mbappe ledak jaringan lapan saat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE (kanan) turut meledak hatrik ketika PSG berjaya membenam cabaran Lille ada aksi Ligue 1 awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Penyerang sensasi Pa­ris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe menyamai rekod jari­ngan terpantas Ligue 1 apabila meledak gol seawal lapan saat aksi menentang Lille berlangsung awal pagi semalam.

Bintang Perancis itu me­nyambar hantaran cantik daripada Lio­nel Messi yang berjaya melepasi perangkap ofsaid dengan melam­bungkan bola untuk menewaskan penjaga gol Lille, Leo Jardim.

Jaringan itu sekali gus me­nyamai rekod Michel Rio ketika mewakili Caen menentang Cannes pada 15 Februari 1992.

Bukan itu sahaja, Mbappe, 23, turut berjaya merakam hatrik dengan tambahan dua lagi gol pada minit ke-66 dan 87 membantu PSG membelasah Lille 7-1 dalam aksi di Stade Pierre-Mauroy.

Pengendali PSG, Christophe Galtier tidak terkejut dengan situasi itu kerana sudah menjangkakan anak-anak buahnya mampu ‘berpesta jaringan’ berdasarkan kerja keras ditunjukkan dalam sesi latihan.

“Setiap pemain menunjukkan kemahuan yang tinggi untuk berjaya. Ini bukanlah satu kejutan kerana mereka memainkan pera­nan de­ngan berkesan,” katanya.

Selain Mbappe, Neymar turut mencipta nama sebagai penja­ring apabila meledak dua gol buat PSG selain baki dua lagi gol Les Parisiens itu dijaringkan oleh Messi dan Achraf Hakimi.

Selepas tiga perlawanan setakat ini, PSG kekal menerajui carta liga dengan sembilan mata selain menghasilkan 17 jaringan dan hanya tiga bolos selepas terdahulu menang 5-2 ke atas Montpellier dan 5-0 terhadap Clermont Foot. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI