fbpx

Eyka Farhana gayakan pakaian dalam sampai nampak pusat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eyka mengundang kecaman netizen selepas tampil berani memperagakan pakaian dalam jenama antarabangsa terkenal dalam laman sosialnya.

PETALING JAYA – Langsung tidak serik dan makan saman, pelakon Eyka Farhana sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila memuat naik video memperagakan koleksi pakaian dalam jenama popular antarabangsa dalam Instagramnya malam tadi.

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 27, dilihat beraksi diatas sofa menggayakan bra sukan warna kelabu sehingga menampakkan pusat, bahkan seluar dalam yang dipakainya sengaja dibiarkan sedikit terdedah bagi menampakkan jenama terbabit.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan rasa kecewa dan terkejut dengan aksi ‘daring’ nya itu.

“Astaghfirullah! Apa ni? Mana ada orang Islam berpakaian macam ni. Aduh! Makin dekat nak kiamat, makin jahil.

“Malu hilang mana dik, kesian malu dah tiada. Cari rasa malu itu semula dik. Dulu dia tidak lah seksi maca mini, sekarang makin seksi.

“Allah, Eyka yang aku kenali dulu sudah menjadi sebegini, semoga mendapat rakyat hidayah,” luah peminatnya.

Beberapa jam selepas itu, Eyka dilihat sudah menyekat ruangan komen pada hantaran tersebut biarpun sudah ditonton lebih daripada 400,000 ribu dan memperolehi lebih 31,000 tanda suka.

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan komen daripada Eyka masih belum berhasil apabila pelakon drama popular Budak Tebing itu tidak menjawab panggilan dan membalas mesej sehingga kini.

Sekitar April lalu, Eyka pernah menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila memuat naik foto berpakaian seksi dalam Instagram ketika bulan Ramadan.

Namun menurutnya, foto tersebut telah diambil sebelum bulan puasa dan terpaksa memuat naiknya atas komitmen kerja seperti yang telah dipersetujui.

Dalam satu kenyataannya kepada media sebelum ini, dia selesa menjadi dirinya sendiri biarpun didakwa segelintir netizen imejnya kini semakin seksi dan keterlaluan.

Ujar kekasih kepada pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid itu, dia masih tahu menjaga batas penampilan yang dirasakan masih tidak keterlaluan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI