fbpx

EPL: Eddie Howe dedah pelan ikat Manchester City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRIPPIER (tengah) meledak gol ketiga Newcastle ketika mereka berjaya memaksa City sekadar membawa pulang satu mata sahaja awal pagi semalam. – AFP

NEWCASTLE – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe mendedahkan mengenai pendekatan yang digunakan ketika mereka berjaya mengikat Manchester City 3-3 pada aksi di St. James Park awal pagi semalam.

Pasukan pelawat berjaya mendahului perlawanan selepas lima minit perlawanan berlangsung menerusi Ilkay Gundogan, namun mereka berjaya bangkit untuk mendapatkan tiga gol menerusi Miguel Almiron, Callum Wilson dan Kieran Trippier.

Bagaimanapun, hasrat mereka untuk melakar kejutan meraih kemenangan tidak kesampaian selepas Erling Haaland dan Bernardo Silva meledak dua gol untuk kedua-dua pasukan pulang dengan satu mata.

“Ia adalah perlawanan yang sangat menarik, pelbagai emosi berada dalam diri anda ketika perlawanan itu berlangsung. Kami ketinggalan 1-0 dalam tempoh singkat pada awal permai­nan menyebabkan terpaksa mengimbangi mereka semula.

“Ia adalah perlawanan yang membuatkan mental pemain berdepan kepenatan kerana kami perlu mengimbangkan mengenai peluang untuk me­lakukan serangan serta memastikan gawang tidak dibolosi.

“Kami menggunakan seluruh kekuatan fizikal pemain untuk membuatkan pemain City tidak selesa. Kami membincangkan­nya sejak seminggu lalu dan mahu mereka berada dalam tekanan,” katanya.

Tambahnya, dia memberikan pujian kepada barisan pemain pertahanan yang menunjukkan disiplin yang tinggi, selain turut membantu jentera hadapan ke­tika pasukan melakukan sera­ngan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI