fbpx

Budak hidap kanser darah perlu bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ummar Mateen.

GEORGE TOWN – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun, Muhamad Ummar Mateen Muhamad Azlan kini terpaksa menjadikan Hospital Pulau Pinang (HPP) sebagai rumah kedua buat keluarganya selepas disahkan menghidap kanser darah (Mixed Phenotype Acute Leukemia) lapan bulan lalu.

Ibunya, Noor Shawani Zainol, 32, berkata, mereka sekeluarga terpaksa berkorban tenaga dan masa berulang alik dari Gurun, Kedah ke HPP semata-mata untuk mendapatkan rawatan khusus buat anaknya itu.

“Sejak Januari hingga sekarang, saya tidak dapat kira berapa kali kami perlu berulang-alik sebab memang terlalu banyak masa dihabiskan di wad kanak-kanak di HPP.

“Saya hanya mengharapkan anak saya kembali sembuh dan mahu mendapatkan rawatan terbaik bagi mengubati kanser yang dihidapinya,” katanya di sini hari ini.

Beritahu ibu kepada dua orang anak itu, sebelum disahkan menghidap kanser, Muhamad Ummar sering diserang demam yang berpanjangan sehingga menyebabkan dia kurang aktif.

Ceritanya lagi, anaknya itu perlu menunggu bilangan platelet darah melangkaui aras 100 sebelum dibenar memberikan ubat pencair darah.

Dalam pada itu, Noor Shawani yang merupakan seorang suri rumah berkata, pada masa ini suaminya, Muhamad Azlan Omar Baki, 36, yang bekerja sebagai mekanik terpaksa mengambil cuti tanpa gaji bagi meneruskan rawatan anaknya di HPP.

Bagi yang ingin membantu meringankan beban keluarga Noor Shawani, sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Maybank Noor Shawani Zainol (158220797152) atau berhubung dengannya di talian: 011-36733398. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI