fbpx

Bekas suami sering ganggu keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sudah berpisah namun, seorang wanita bimbang kerana keluarganya sering diganggu bekas suami sehingga ada daripada mereka mengalami kecederaan.

Menerusi hantaran seorang pengguna pada Facebook Peguam Kebajikan, wanita tersebut mahu mencari jalan penyelesaian terbaik memandangkan sudah tidak tahan dengan tindakan bekas suaminya.

“Saya hendak tanya pendapat dan pertolongan berkenaan bekas suami yang selalu mengganggu keluarga saya.

“Pelbagai kes aniaya telah dia buat dan mendatangkan kecederaan kepada keluarga saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, wanita yang tidak dikenali identiti itu memberitahu, laporan polis juga telah dibuat banyak kali tetapi sehingga kini, bekas suaminya didakwa masih bebas.

“Justeru adakah apa-apa cara untuk saya dapatkan perlindungan daripada diganggu oleh bekas suami, mohon bantuan,” katanya bertanya kaedah terbaik daripada orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN