fbpx

2,078 kes Covid-19, 13 kematian dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 terus menunjukkan trend penurunan apabila sebanyak 2,078 kes dilaporkan semalam dengan 12 kes import berbanding 2,464 kes kelmarin sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia sebanyak 4,721,777 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan negatif 1,222 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 37,696 kes.

Sejumlah 3,290 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,685,979 orang.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 457 kes diikuti selangor (427), Sabah (210), Perak (160), Johor (112), Negeri Sembilan (111), Kelantan (93), Pulau Pinang (91), Melaka (88) dan Kedah (81).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Sarawak (78), Putrajaya (55), Terengganu (52), Pahang (51), Perlis (10) dan Labuan (dua),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak 13 kematian dilaporkan dengan tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,155 dan BID 7,681.

Sebanyak 36,187 kes dikuarantin di rumah, 31 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,409 kes di hospital, 30 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 39 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI