fbpx

Zalina jumpa rakan kali terakhir Julai tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZALINA AZMAN

SHAH ALAM – Bekas pembaca berita, Zalina Shaharah Azman, 58, ada bertemu dengan rakannya pada Julai tahun lalu sebelum dilaporkan hilang sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, ini susulan keterangan diambil daripada rakan kenalan Zalina yang berusia 30-an dan merupakan orang terakhir bertemu dengan wanita tersebut.

Katanya, berdasarkan keterangan diambil dimaklumkan bahawa Zalina berada dalam keadaan sihat sahaja ketika pertemuan tersebut.

“Orang terakhir itu adalah rakan kenalan sahaja dan bukan ahli keluarga atau pekerja binaan.

“Keterangan diambil 16 Ogos lalu serta kali terakhir individu itu bertemu dengan Zalina pada Julai tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, bagaimanapun hasil siasatan mendapati individu itu tidak mempunyai kaitan dengan kehilangan Zalina selain tiada perkembangan terbaharu melibatkan bekas pembaca berita itu sehingga kini.

Kehilangan bekas pembaca ­sejak sembilan bulan lalu terus menjadi misteri apabila tiada sebarang petunjuk mengenainya sehingga kini.

Zalina dilaporkan hilang oleh anak lelakinya berusia 33 tahun pada 29 November tahun lalu.

Polis sebelum mendedahkan pihaknya yakin Zalina masih berada di negara ini susulan tiada pergerakan keluar membabitkan wanita itu yang dikesan pihak berkuasa setakat ini.

Zalina juga sempat melakukan pengubahsuian rumah dan membelanjakan kira-kira RM260,000 dengan pembayaran terakhir pada Ogos tahun lalu sebelum menghentikan kerana faktor kewangan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI