KUALA LUMPUR – Pengerusi UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan bersama semua Ketua Bahagian UMNO seluruh negara.
Pertemuan tersebut diadakan sejak pukul 11 pagi tadi dan ketika ini mesyuarat tersebut dihentikan seketika dan bakal bersambung pada pukul 5.30 petang nanti.
Seramai 191 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara dikatakan terlibat dalam pertemuan hari ini.
Turut kelihatan di Bangunan Dato Onn ini adalah beberapa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO antaranya, Datuk Seri Muhammad Hassan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan Datuk Seri Najib Tun Razak. – KOSMO! ONLINE.