fbpx

Waris 2 kanak-kanak ditemui mati dalam beg pakaian berada di Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS menemui mayat dua kanak-kanak di dalam dua beg pakaian yang dibeli sebuah keluarga menerusi acara lelongan di New Zealand. - AFP

SEOUL – Seorang wanita yang dipercayai mempunyai ikatan persaudaraan dengan dua kanak-kanak mangsa pembunuhan di New Zealand kini berada di Korea Selatan, kata polis Seoul kepada agensi berita AFP hari ini.

Minggu lalu, polis New Zealand menyatakan bahawa pihaknya menemui mayat dua kanak-kanak berkenaan di dalam dua beg pakaian, manakala mereka dipercayai berusia antara lima hingga 10 tahun semasa meninggal dunia.

Mayat mereka  ditemui selepas sebuah keluarga membeli muatan sebuah treler termasuk dua beg pakaian tersebut dalam satu lelongan barangan lusuh.

Polis New Zealand berkata,  mayat mangsa mungkin disimpan selama beberapa tahun, mengakibatkan siasatan terhadap jenayah itu bertambah rumit.

Menurut polis, seorang wanita berketurunan Korea  yang dipercayai mempunyai pertalian dengan dua kanak-kanak itu kini berada di Korea Selatan.

“Kami mengesahkan bahawa dia berada di Korea Selatan dan dia merupakan rakyat  New Zealand berketurunan Korea,” kata seorang pegawai Agensi Polis Kebangsaan Korea kepada AFP.

Dia tiba di Korea Selatan pada 2018 dan tidak mempunyai rekod meninggalkan negara itu sejak tahun tersebut.

“Polis New Zealand mengetuai siasatan ini dan kami berhasrat untuk bekerjasama atas permintaan mereka,” tambah pegawai berkenaan.

Polis telah memeriksa rakaman sistem televisyen  litar tertutup (CCTV) selama berjam-jam, tetapi detik-detik penting mungkin telah dipadam kerana tempoh begitu lama antara kematian mangsa dan penemuan mayat mereka.

Pihak berkuasa di New Zealand mengulangi pada minggu lalu bahawa keluarga yang menemui kedua-dua mayat itu tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan mereka. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI