fbpx

Wang KWSP RM519,000 ‘lebur’ taruh judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Nasi sudah menjadi bubur. Perumpamaan itu sesuai dikaitkan dengan situasi seorang bekas penjawat awam yang akhirnya berputih mata melihat wang simpanan hasil titik peluhnya habis begitu sahaja angkara aktiviti berjudi.

Kisah yang dikongsikan Bro Fairus Channel itu, telah mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya terkejut apabila mengetahui RM519,000 hasil pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditaruhkan untuk berjudi.

Katanya, individu tersebut merupakan bapa kepada seorang rakannya dan pada usia 58 tahun, lelaki berkenaan telah mendapat kelulusan mengeluarkan KWSP berjumlah RM560,000 setelah berpencen.

“Lelaki tersebut kemudiannya memberikan RM30,000 kepada isterinya sebagai hadiah kerana sentiasa menjadi penguat semangat sepanjang perkahwinan mereka.

“Selebihnya sebanyak RM519,000 akhirnya disalah guna apabila lelaki itu menghabiskan ke pusat perjudian dalam masa tiga hari sehingga berbaki sekitar RM11,000 sahaja,” kongsinya dalam satu hantaran video baru-baru ini.

Lebih malang, setelah tindakannya itu diketahui, isterinya seperti tidak dapat menerima hakikat sehingga berlaku konflik dalam rumah tangga mereka.

“Disebabkan terlampau kecewa, si siteri bertindak mengahalu lelaki itu dari rumah dan kini difahamkan mereka sudah berpisah,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga bekas pemain judi tampil mengakui pengalaman hidup mereka serta kerugian yang dihadapi sehingga memberi kesan terhadap kelangsungan hidup selepas itu.

“Saya rugi hampir jutaan ringgit selama lima tahun aktif berjudi, memang menyesal seumur hidup,” luah seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI