fbpx

Sorok 92 PATI Myanmar dalam sebuah rumah tumpangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (kiri) menunjukkan sebuah MPV jenis Toyota Vellfire yang digunakan untuk mengangkut PATI dari Sungai Golok ke sebuah rumah tumpangan di Kampung Belukar Pauh, Panji dekat Kota Bharu minggu lalu. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Kegiatan lapan lelaki yang menyembunyikan seramai 92 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar termasuk 21 orang wanita terbongkar selepas polis menggempur sebuah rumah tumpangan di Kampung Belukar Pauh, Panji di sini pada Selasa lalu.

Serbuan tersebut dijalankan oleh cawangan D7, D8 dan D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Bharu bersama Unit Risikan Sempadan Zon Timur di rumah itu kira-kira pukul 4.40 pagi.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati, kesemua PATI berusia 16 hingga 51 tahun yang ditahan itu dipercayai masuk secara haram melalui Sungai Golok apabila mereka didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Menurutnya, 92 orang PATI itu dipercayai masuk ke negara ini pada 13 Ogos lalu iaitu tiga hari sebelum mereka dicekup.

“Mereka ditempatkan di rumah penampungan itu sebelum dihantar ke Selangor dan Kuala Lumpur untuk bekerja.

“Selain itu, tujuh daripada lapan lelaki berusia 17 hingga 43 tahun yang ditahan dipercayai berperanan sebagai ‘transporter’ untuk membawa keluar kesemua PATI itu,” katanya pada sidang akhbar di IPD Kota Bharu di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI