fbpx

Rakyat Britain dibayar untuk jimat elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isi rumah yang memiliki meter pintar akan ditawarkan diskaun dalam bil elektrik mereka bagi meredakan tekanan ke atas grid tenaga. – Shutterstock

LONDON – Rakyat Britain yang tidak menggunakan peralatan elektrik berkapasiti tinggi ketika waktu puncak pada musim sejuk kali ini berpeluang menerima bayaran bagi tindakan mereka itu, lapor akhbar Metro UK semalam.

Langkah itu diambil bagi mengurangkan risiko bekalan elektrik terputus.

Justeru, isi rumah yang memiliki meter pintar akan ditawarkan diskaun dalam bil elektrik mereka bagi meredakan tekanan ke atas grid tenaga.

Pengendali Sistem Grid Elektrik Nasional (ESO) dilaporkan bersedia untuk mengumumkan rancangan  menawarkan rebat bagi isi rumah yang meminimumkan penggunaan peralatan elektrik termasuk mesin pengering pakaian dan pencuci pinggan serta peranti elektronik seperti konsol permainan.

Kesemua barangan elektrik perlu diminimumkan penggunaannya sekitar pukul 5 petang hingga 8 malam.

Menurut laporan, orang ramai berpeluang menerima bayaran sebanyak £6 (RM31.80) bagi setiap kiloWatt jam (Kw/j) yang dijimatkan.

Satu kWj bersamaan dengan jumlah tenaga diperlukan untuk menggunakan mesin pencuci pinggan selama kurang sejam atau pancuran mandi elektrik selama enam minit.

Cadangan itu tertakluk kepada kelulusan pengawal selia tenaga Britain, Ofgem, demikian menurut laporan akhbar The Sunday Times sambil menambah bahawa skim tersebut dijangka bermula pada Oktober ini.

“Kami sedang membangunkan satu perkhidmatan baharu yang akan disediakan kepada pengguna bagi mendapat manfaat sepanjang musim sejuk ini,” kata jurucakap ESO.

Tambah beliau, maklumat lanjut bagaimanapun akan diumumkan kemudian. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI