fbpx

Polis Thailand rampas barangan jenama mewah palsu bernilai RM6.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis memunggah barangan palsu yang dirampas di Nakhon Nayok, baru-baru ini. - Thaiger

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand merampas produk berjenama mewah palsu bernilai 50 juta baht (RM6.2 juta) di wilayah Nakhon Nayok, tengah negara itu, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Anggota dan pegawai daripada Jabatan Siasatan Khas menemui 60,000 hingga 70,000 jenis produk tiruan susulan serbuan di 15 gudang di bandar Nakhon Nayok yang merupakan ibu negeri wilayah Nakhon Nayok.

Produk tersebut mempunyai logo palsu daripada beberapa jenama terkenal dan mahal di dunia termasuk Gucci, Louis Vuitton, Chanel, Coach dan Longchamp.

Polis turut menahan penjaga gudang iaitu seorang lelaki Kemboja yang dikenali sebagai Heng. 

Mereka juga menahan dua lagi suspek yang tidak dinamakan.

Polis membawa kesemua suspek ke Bangkok untuk disoal siasat. Polis memasukkan sejumlah besar  rampasan dalam beg baja dan  memuatkannya  ke dalam 10 buah trak.

Kumpulan suspek  sama pernah ditangkap tiga kali sebelum ini dengan tindakan undang-undang masih lagi berjalan.

Biarpun ini kali keempat mereka ditahan, nilai barang rampasan terbaharu adalah lebih tinggi berbanding nilai barangan tiruan sebelum ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI