fbpx

Polis kepung rumah Imran Khan, didakwa langgar undang-undang anti keganasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imran ketika berucap di perhimpunan pada lewat malam Sabtu. - AFP

ISLAMABAD – Bekas Perdana Menteri Pakistan yang digulingkan, Imran Khan didakwa melanggar undang-undang anti keganasan negara kerana dipercayai mengancam seorang hakim wanita dan dua pegawai kanan polis semasa perhimpunan di Islamabad malam Sabtu lalu.

Menurut laporan laman berita RT,  klip video yang dilaporkan dirakam di rumahnya petang semalam menunjukkan pihak berkuasa mengepung kediaman itu beberapa jam selepas laporan polis dibuat terhadapnya.

Dalam ucapannya semasa perhimpunan tersebut, Khan mengancam untuk memfailkan tuduhan i terhadap Hakim Zeba Chaudhry, dua agensi polis, Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan, dan lawan politik lain.

Beliau memberi amaran bahawa mereka harus bersedia untuk menghadapi akibat atas layanan buruk mereka terhadap ketua kakitangannya, Shahbaz Gill.

Beliau telah menganjurkan perhimpunan di Taman F-9 Islamabad itu sebagai solidariti bersama Gill yang ditahan minggu lalu atas tuduhan menghasut. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI