fbpx

Peluang menang tajaan beras basmathi selama setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD RIZZY Ahmad Fawzi dan Sri Maharsi Suheryanti bergambar bersama kenderaan Beras Era Sultan Basmathi di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR – Orang ramai terutamanya peminat tegar beras basmathi berpeluang mendapat tajaan Beras Era Sultan Basmathi selama setahun menerusi peraduan SULTANXRodeo, Tangkap dan Menang.

Peraduan bermula 15 Ogos sehingga 15 November depan itu anjuran syarikat Era Foods MY (Beras Era) terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Ketua Bahagian Penjenamaan dan Pembangunan Produk ­Bernas, Mohammad Farhan Hafetz berkata, mereka yang berminat hanya perlu like dan follow EraFoodsMY di facebook dan Instagram.

Katanya, mereka kemudian perlu mengambil gambar kenderaan tertera pelekat SULTANXRodeo dan #eramerdeka25 serta muat naik gambar berkenaan di media sosial ma­sing-masing.

“Setiap gambar perlu ditag @EraFoodsMY dan diletakkan tanda pagar #BasmathiUntukSemua #EraMerdeka65,” katanya selepas Program SULTANXRodeo Nasi Lemak Percuma sempena sambutan Bulan Kemerdekaan di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, kelmarin.

Mohd Ellias Ruslan dan Nurul Nadia Ruslan bergambar bersama kereta beras Era Sultan Basmathi pada Program SultanXRodeo Nasi Lemak Percuma, di Taman Tasik Titiwangsa, kelmarin.

Kata Farhan, sepanjang tempoh peraduan itu, sebanyak 95 buah kenderaan akan mengeli­lingi Semenanjung bagi membolehkan lebih ramai individu menyertainya dan Beras Era akan memilih 10 pemenang yang akan membawa pulang beras basmathi setiap bulan.

Sementara itu, Mohammad Farhan berkata, Beras Era Sultan Basmathi seberat lima kilogram itu dijual pada harga mampu milik bagi membolehkan semua lapisan masyarakat menikmatinya setanding jenama terkenal lain.

“Produk ini sesuai untuk pesakit diabetes kerana kadar gula rendah selain kaya dengan vitamin dan mineral semula jadi serta sangat berkhasiat sesuai dijamu seisi keluarga,” katanya.

Sementara itu, seorang pe­ngunjung program SultanXRodeo Nasi Lemak Percuma, Chua Soi Lek, 67, berkata, beras basmathi Sultan keluaran Beras Era mempunyai tekstur yang lembut dan panjang serta rasa yang unik dan lebih sedap.

Pengunjung lain dikenali Ain Safihah, 22, pula memberitahu, beras basmathi mempunyai kelainannya yang tersendiri dan peluang mendapatkan beras basmathi mampu milik kini mudah dengan Beras Era.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI