fbpx

Pekerja kilang maut tersepit rantai mesin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mayat lelaki yang tersepit pada rantai mesin di sebuah kilang memproses biah kelapa sawit di Jalan Genuang, Segamat.

SEGAMAT – Seorang pekerja kilang maut apabila tersepit pada rantai mesin (fryer conveyer) di sebuah kilang memproses buah kelapa sawit di Jalan Genuang, di sini hari ini.

Anggota bomba dan penyelamat yang dipanggil mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mayat Gan Kian Beng, 57.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bandar Baru berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian pada pukul 3.18 petang.

“Ketika tiba di lokasi, didapati sebahagian tubuh lelaki berkenaan dalam keadaan tersepit pada rantai mesin berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian ketika kerja menyelamat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 3.48 petang dan dihantar ke Hospital Segamat (HDS) bagi tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI