fbpx

Baharuddin kini pemangku Pengarah Cawangan Khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamri (kiri) menyerahkan tugas kepada Baharuddin (kanan) yang disaksikan Ketua Polis Negara.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran Pengarah Jabatan Cawangan Khas menerusi Majlis Serah Terima Tugas di Dewan Tan Sri Abdul Rahman, Pusat Latihan Polis, di sini hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pada majlis itu, Datuk Seri Zamri Yahya menyerahkan tugas kepada Datuk Baharuddin Ahmad yang dilantik sebagai pemangku Pengarah Cawangan Khas.

“Saya dan seluruh warga PDRM mengucapkan terima kasih atas kepimpinan cemerlang dan menyanjung tinggi kesetiaan serta khidmat bakti Zamri sepanjang berkhidmat dalam pasukan selama 36 tahun.

“Syabas dan tahniah kepada Baharuddin di atas pelantikan sebagai pemangku Pengarah Cawangan Khas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Majlis turut menyaksikan penyerahan jawatan Pengerusi Perkep Cawangan Khas daripada Datin Seri Dr. Sazilah Tun Ahmad Sarji kepada Datin Hasimah Yon Abdul Latif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI