fbpx

Pakaian tradisional jadi ‘tikus makmal’ fesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi beberapa model menggayakan pakaian tradisional yang diberi sentuhan berbeza pada sebuah program peragaan di ibu negara baru-baru ini.

PETALING JAYA – Program peragaan di ibu kota baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan serta kecaman daripada orang ramai yang rata-ratanya kurang senang melihat pakaian tradisional Melayu diubah ‘keterlaluan’ sehingga hilang serinya.

Video yang dikongsikan @ehmalaysia semalam menjadi tular di media sosial apabila memaparkan beberapa model menggayakan koleksi Behati yang diinspirasikan gaya ‘Peranakan’ agar dapat memberi sentuhan berbeza terhadap pakaian tradisional.

Namun, hasilnya menerima kritikan dalam kalangan pengguna media sosial yang kecewa apabila pakaian tradisional tersebut seakan dipermainkan serta mencemarkan keaslian identiti orang Melayu.

“Kenapa perlu pakai songkok tetapi hanya bersampin pendek sampai nampak lutut, orang Melayu Islam pakai songkok sebagai tanda menghormati sesuatu majlis, atau mencerminkan keperibadian yang baik, bila di atas pentas, ramai pula gayakan dengan pakaian seperti berbogel,” luah seorang pengguna.

“Mungkin saya tidak pandai tentang ilmu fesyen, tapi jangan rosakkan keaslian pakaian tradisional kepada unsur bukan-bukan, baju kebaya kau jadikan pendek dah sama seperti pakaian mandi,” ujar pengguna lain.

“Ini hasilnya apabila pakaian tradisional dijadikan ‘tikus makmal’ fesyen, kononya diinspirasikan dari sesuatu, tetapi diubah sehingga orang tak kenal itu pakaian tradisi yang jadi kebanggaan masyarakat,” kata seorang pengguna lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI