fbpx

Orang muda cenderung tak mengaku kalah, suka kritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
ZURAINI MOHD KHALID
WARTAWAN EKSEKUTIF

GEJALA mental yang dipanggil narsisistik atau Narcissistic Personality Disorder (NPD) bukanlah masalah yang asing dalam kala­ngan masyarakat di negara ini.

Orang ramai biasanya akan melihat individu narsisistik se­bagai seorang yang hanya mementingkan diri sendiri dan mereka lazimnya kurang di­senangi oleh orang di sekeliling.

Individu narsisistik juga hanya mengambil tahu mengenai diri mereka sahaja selain kurang empati terhadap masalah atau perihal orang lain dan biasanya berlaku kepada golongan muda.

Pakar psikologi daripada Jabatan Psikologi Kolej Scripps, California, Kevin S. Carlson bersama Profesor Psikologi dari Universiti Bowling Green State Ohio, Amerika Syarikat, Joshua Grubbs yang melakukan kajian berhubung masalah narsisistik mendapati, individu berusia 23 hingga 38 tahun lebih cenderung mempunyai masalah itu yang dikaitkan dengan terlalu taksub dengan diri sendiri.

“Kesemua generasi me­nganggap generasi muda (golo­ngan millennial dan generasi Z) merupakan generasi yang paling taksub dengan diri sendiri.

“Golongan muda di Amerika Syarikat percaya dan boleh menerima bahawa generasi itu merupakan golongan yang paling obses dan juga mementingkan diri sendiri, namun mereka tidak suka digelar sebagai narsisistik,” ujarnya.

Gangguan personaliti seperti itu juga sering menyebabkan masalah dalam hubungan bersama pasangan dan juga ahli keluarga.

Menurut Profesor di Jabatan Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa individu yang mempunyai personaliti narsisistik itu sebenarnya boleh menyebabkan masalah mental kepada orang di sekeliling mereka.

“Narsisistik ini berkait rapat dengan sifat suka memuji diri sendiri atau dalam bahasa kasarnya, individu ini diibaratkan sebagai seseorang yang ‘cakap tak pernah jatuh’.

“Mereka juga lazimnya bersifat sombong, angkuh, tidak akan mengaku kalah selain suka mengkritik orang lain,” katanya.

Tambah Mohammad Aziz, golongan itu juga cukup pantang apabila mereka dikritik dan sekiranya ia berlaku, mereka akan marah dan menyebabkan tekanan kepada orang lain.

“Mereka sebenarnya mempunyai mental yang ‘tidak sihat’ dan masalah itu akan menyebabkan orang lain di sekeliling mereka sama ada pasangan, ibu bapa atau anak-anak pula yang menjadi tidak sihat.

“Hal ini berlaku kerana rasa bangga diri tersebut akan menyebabkan orang lain berasa tertekan, rendah diri serta memendam perasaan yang seterusnya boleh menyumbang kepada masalah mental lain seperti kemurungan dan keresahan,” ujar­nya.

Biarpun sukar, namun mereka yang mungkin mempunyai pasangan atau ahli keluarga yang bersikap sebegini boleh menyelamatkan diri dengan me­lakukan penjarakan emosi.

Jelas Mohammad Aziz, ia boleh dilakukan dengan menjarakkan diri sendiri dengan individu narsisistik.

“Jangan biarkan apa sahaja yang dibuat atau diucapkan oleh golongan narsisistik tersebut memberi kesan kepada emosi anda.

“Sentiasa utamakan kesihatan mental diri sendiri, sayangi diri sendiri dahulu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI