fbpx

Makam ‘Saidina Ali’ runtuh, empat mayat ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA-PEKERJA kecemasan berusaha untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap.- GETTY IMAGE

BAGHDAD – Pekerja-pekerja  kecemasan di tengah Iraq bertungkus lumus untuk  menyelamatkan orang ramai daripada sebuah makam penganut Syiah yang runtuh, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Empat mayat ditemui, manakala enam mangsa terselamat telah dikeluarkan dari bawah runtuhan setakat ini. Sebilangan mangsa dipercayai masih terperangkap.

Pada Sabtu lepas, timbunan tanah bersebelahan Makam Qattarat al-Imam Ali  menurut kepercayaan pengikut Syiah, runtuh akibat lembapan tepu.

Tanah runtuh itu mengenai siling makam yang  kemudiannya runtuh dan menimbus pengunjung.

“Sebarang kesilapan boleh membawa kepada keruntuhan selanjutnya,” kata jurucakap pertahanan awam, Abdelrahman Jawdat.

Pekerja-pekerja dapat menghulurkan  makanan dan air kepada mereka yang masih terperangkap. Tiga kanak-kanak adalah antara mangsa yang berjaya diselamatkan.

Pasukan penyelamat cuba mencari mangsa terperangkap melalui lubang-lubang kecil di celah runtuhan konkrit, lapor Agensi Berita Iraq (INA).

Dalam pada itu,  Presiden Iraq, Barham Saleh menerusi kenyataan di laman  Twitter menggesa pekerja penyelamat dan sukarelawan supaya terus berusaha menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap.

Tapak makam itu  yang terletak di wilayah Karbala, Iraq, mengandungi mata air di mana pengikut Syiah percaya imam pertama mereka,  Ali ibn Abi Talib dan tenteranya pernah singgah untuk minum. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI