fbpx

Majoriti Ketua Bahagian UMNO mahukan PRU-15 segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Jamal Yunos

KUALA LUMPUR – Seramai 158 ketua bahagian UMNO yang hadir mesyuarat tergempar hari ini mendesak pilihan raya umum diadakan dengan kadar segera.

Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos berkata, desakan itu akan disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob oleh Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat tertinggi parti dalam masa terdekat.

“Majoriti Ketua Bahagian yang hadir hari ini setuju PRU-15 (Pilihan Raya Umum) diadakan dengan kadar segera.

“Mesyuarat hari ini adalah untuk melihat kesiapsiagaan dan keperluan untuk PRU-15 nanti, mungkin dalam tempoh sebulan atau mungkin seminggu lagi,” katanya di lobi Menara Dato Onn sebentar tadi.

Katanya lagi, tiada perbincangan mengenai kes mahkamah yang sedang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perjumpaan kali ini.

“Tidak dibincangkan,” jelasnya ringkas.

Terdahulu, dilaporkan seramai 158 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara hadir pada perjumpaan khas bersama Presiden UMNO hari ini.

Hanya tiga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti yang hadir, manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak hadir kerana ada urusan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI