fbpx

Mahkamah: Peguam Syed Saddiq gagal cabar kredibiliti saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pasukan pembelaan yang mewakili Syed Saddiq untuk mencabar kredibiliti saksi utama.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pasukan pembelaan yang mewakili Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mencabar kredibiliti saksi utama pendakwaan dalam kes pecah amanah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan harta yang dihadapinya.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian selepas berpuas hati tiada percanggahan yang material di antara keterangan lisan Rafiq Hakim Razali dengan percakapan yang direkodkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berpendapat, hanya wujud perbezaan kecil yang tidak terjumlah kepada perbezaan material atau percanggahan yang serius yang memerlukan prosiding mencabar kredibiliti saksi diteruskan.

Mahkamah memutuskan demikian selepas meneliti keterangan lisan Rafiq yang ketika itu Penolong Bendahari Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di mahkamah dan percakapan saksi yang direkodkan oleh SPRM.

Pada 25 Julai lalu, beliau mengarahkan pasukan pendakwaan menyerahkan kepada mahkamah salinan rakaman percakapan Rafiq yang juga saksi pendakwaan ke-13 yang direkodkan oleh SPRM pada 2020 lalu.

Ketika itu, mahkamah belum memutuskan sama ada salinan percakapan saksi itu akan diberikan kepada pihak pembelaan dan arahan itu adalah bagi penelitian sebelum tindakan lanjut ditentukan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI