fbpx

Kutip 400 kg sampah di pesisiran pantai Kuala Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Komuniti nelayan dan Trash Hero mengutip 400 kg sampah di pesisiran pantai Kuala Perlis, hari ini.

KUALA PERLIS – Hampir 400 kilogram (kg) sampah di sepanjang pesisiran pantai Kuala Perlis sejauh kira-kira 1 kilometer berjaya dikutip dalam masa kurang dua jam pada hari ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan negeri, Nurulhisham Yaakob berkata, sampah-sarap di kawasan pesisiran pantai itu boleh merosakkan ekosistem marin.

Katanya, sampah tersebut boleh mengganggu pertumbuhan plankton yang menjadi sumber makanan hidupan marin seperti ikan, udang dan ketam sekali gus menjejaskan sumber makanan di negara ini jika tidak dikawal.

“Untuk pengetahuan semua, pendapatan nelayan di Perlis merosot 20 hingga 30 peratus akibat kurangnya tangkapan hasil laut sejak dua tahun ini.

“Ia disebabkan sampah-sarap yang banyak dan tidak dibersihkan selama dua tahun semasa pandemik Covid-19 melanda negara suatu ketika dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program konservasi marin ‘Save Our Sea’ di sini hari ini.

Katanya, seramai 150 peserta terdiri daripada komuniti nelayan setempat dan wakil jabatan serta pertubuhan bukan kerajaan seperti Trash Hero menyertai kutipan sampah pesisir laut anjuran Jabatan Perikanan negeri.

“Kebanyakan sampah yang dipungut adalah bungkusan plastik makanan dipercayai dibuang oleh pelancong dan orang tempatan yang mengunjungi kawasan tersebut selain sampah hanyut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI