fbpx

Kei, Kim Junsu bukan pasangan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM Junsu (kiri) menafikan dia bercinta dengan Kei.

AKTRES dan bekas anggota kumpulan Lovelyz, Kei menyertai agensi PALMTREE ISLAND milik penyanyi Kim Junsu pada Januari lalu sebagai pelakon muzikal.

Tidak semena-mena, tiba-tiba penyertaannya dalam agensi berkenaan mengundang gosip apabila dia dilaporkan menjalin hubungan cinta dengan Junsu seperti dilaporkan media Korea Selatan baru-baru ini.

Kei dan Junsu pernah sama-sama terlibat dalam pementasan muzikal Excalibur dan Death Note sebelum ini.

Gandingan mereka tiba-tiba mengundang spekulasi bahawa kedua-duanya sedang hangat menjalin hubungan cinta.

Tampil menepis segala dakwaan tersebut, PALMTREE ISLAND dalam satu kenyataan rasmi menyatakan bahawa Kei dan Junsu tidak bercinta seperti mana dilaporkan media.

“Hubungan mereka hanyalah setakat sebagai seorang majikan dan artis selain senior dan junior dalam industri.

“Kami mahu menjelaskan bahawa gosip cinta mengaitkan Junsu dan Kei adalah tidak betul. Kami mohon jangan timbulkan laporan yang tidak benar berdasarkan spekulasi tidak berasas,” tegas agensi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI