fbpx

Kedah cari bakat baharu Mr. Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN peserta yang menyertai Kejohanan Bina Badan Peringkat Negeri Mr. Kedah baru-baru ini.

PETALING JAYA – Persatuan Bina Badan Kedah Darul Aman (PBBKD) menyasarkan untuk muncul antara persatuan negeri paling cemerlang dalam melahirkan atlet bina badan di peringkat kebangsaan.

Presidennya, Datuk Mohd. Zayad Md. Ismail berkata, pihaknya mahu mencontohi persatuan lain yang lebih berpengalaman dan sering melahirkan atlet bertaraf kebangsaan.

“Selepas lama tidak aktif, Persatuan Bina Badan Kedah diwujudkan semula pada 2015. Sejak itu, pihak persatuan terus aktif menganjurkan pertandingan serta melahirkan atlet bina badan untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan.

“Saya boleh katakan Kedah berada di kedudukan pertengahan dalam melahirkan atlet berkualiti dan kami sememangnya mahu mencontohi persatuan lebih berpengalaman yang tidak pernah ketandusan bakat,” katanya.

Tambah Zayad, persatuannya baharu sahaja menganjurkan Kejohanan Bina Badan Peringkat Negeri Mr. Kedah pada Sabtu lalu yang mendapat sambutan cukup menggalakkan.

MOHD. ZAYAD

“Selepas dua tahun tanpa pertandingan kerana Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekarang adalah masa sesuai memilih atlet bina badan dari Kedah untuk ke Mr. Malaysia 2022 iaitu Kejohanan Bina Badan Kebangsaan.

“Seramai 71 peserta menyertai pertandingan kali ini yang membabitkan 15 kategori dengan 17 daripada atlet terpilih menyertai Mr. Malaysia 2022.

“Kadang kala kita tidak menyedari ada atlet berbakat yang tidak mendapat perhatian. Jadi apabila kita menganjurkan kejohanan seperti ini, atlet yang terpilih nanti boleh diketengahkan di peringkat lebih tinggi lagi.

“Apabila sering menganjurkan kejohanan seperti ini juga dapat mengekalkan momentum untuk melahirkan atlet berbakat baik di peringkat negeri mahupun kebangsaan,” katanya.

Sebagai rekod, Kejohanan Bina Badan Mr. Malaysia 2022 akan berlangsung di Alor Setar, Kedah selama dua hari bermula 27 Ogos ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI