fbpx

Kartunis Mishar meninggal dunia pada usia 75 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mishar atau nama sebenar Mior Shariman Mior Hadan.

PETALING JAYA – Kartunis terkenal, Mishar atau nama sebenar Mior Shariman Mior Hadan, meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat Covid-19 malam tadi.

Mishar juga merupakan salah seorang pengasas kepada majalah Gila-Gila yang terkenal sekitar tahun 1980-an.

Keadaan beliau sebelum ini juga dilaporkan agak kurang baik kerana diserang penyakit angin ahmar.

Pemergiannya dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook, Rumah Kartun dan Komik Malaysia (MCCH) semalam.

“Jasa dan peranan Allahyarham dalam memartabatkan dunia kartun dan komik negara adalah terlalu besar dan seluruh warga kartunis negara amat berasa kehilangan beliau.

“Semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang soleh,” katanya.

Dalam pada itu, sentuhan emas beliau telah mengevolusikan industri kartun dan komik negara selama tiga dekad sehingga dikurniakan Anugerah Tokoh Penggiat Kartun 2012 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI