fbpx

EPL: Jurgen Klopp mahu Liverpool diberi mata percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP mahu Liverpool diberikan kemenangan percuma sekiranya perlawanan menentang United tertangguh ekoran protes penyokong. – twitter Liverpool

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mahu pasukannya diberikan mata penuh pada aksi menentang Manchester United awal pagi esok sekiranya perlawanan itu terpaksa ditangguhkan ketika penyokong The Red Devils merancang untuk mengadakan protes besar-besaran.

Seramai 10,000 penyokong United dijangka menyertai protes berkenaan untuk mendesak pemilik kelab itu, keluarga Glazer melepaskan kesemua pega­ngan mereka sekali gus menimbulkan kebimbangan berlaku pencerobohan ke dalam padang ketika aksi berlangsung.

Perlawanan melibatkan ke­dua-dua pasukan itu pada 10 April 2021 terpaksa ditunda ekoran protes daripada para penyokong dan diadakan semula menyaksikan Liverpool menang 4-2 dan kali ini Klopp enggan pasukannya menerima tempias tambahan jadual perlawanan jika perkara sama berulang.

“Saya tidak mahu insiden sama berulang. Jika ia berlaku lagi, saya fikir kami layak untuk mendapat mata bagi perlawanan itu.

“Kami tidak boleh berbuat apa-apa mengenai situasi ini jika penyokong United tidak mahu perlawanan ini diteruskan. Kami tidak boleh dengan mudah me­ngubah jadual perlawanan kerana ia melibatkan banyak perkara yang perlu dipertimbangkan,” katanya.

Liverpool perlu menghadapi 25 perlawanan sebelum saingan ditangguhkan bagi memberikan laluan kepada aksi Piala Dunia 2022 di Qatar yang bakal bermula pada November.

“Kami mahu turun bermain menentang United dan kemudian pulang. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku, tetapi dalam situasi seperti ini, pasukan lawan seharusnya diberikan mata kerana mereka sudah membuat persediaan untuk beraksi pada perlawanan itu,” jelasnya.

Liverpool yang dibimbing Klopp sebelum ini pernah mencatat dua kemenangan ke atas United di Old Trafford dengan meledak sembilan gol pada aksi 10 April 2021 serta musim lalu apabila meraih kemenangan besar 5-0.

Sekiranya sekali lagi berjaya meraih kemenangan ke atas United awal pagi esok, Klopp bakal menjadi pengurus kedua selepas Gerard Houllier meraih kemenangan hatrik di laman lawannya itu.

Liverpool ketika ini turut ter­desak untuk meraih kemena­ngan pertama selepas mereka hanya mengumpul dua mata apabila sekadar seri dalam dua perlawanan sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI