fbpx

Isteri gadai barang kemas, bayar hutang suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Derita hidup seorang isteri apabila suaminya bukan sahaja tidak bekerja bahkan, suka berhutang keliling pinggang.

Akibatnya, wanita itu terpaksa menggadai barang kemas semata-mata mahu membantu suaminya ekoran sering diganggu pemungut hutang.

Kisah tersebut dikongsikan oleh peguam syarie, Nurul Atikah Abd. Rashid berhubung penderitaan wanita tersebut menerusi Twitter.

“Isteri gadai barang kemas sebab hendak tolong suami. Suami tidak bekerja tapi hutang keliling pinggang.

“Bila orang tuntut hutang, datang rumah kacau isteri dan anak. Terpaksa isteri gadai barang kemas semua,” katanya pada hantaran tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, sewaktu suami dalam kesusahan, isteri yang akan dicari bagi mendapatkan pertolongan.

“Bagaimanapun jika isteri susah, hendak cari siapa agaknya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI