PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 skala Ritcher dilaporkan berlaku di Selatan Bali, Indonesia petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 4.36 petang pada kedalaman 141 kilometer (km).
“Pusat gempa bumi terletak pada kedudukan 9.5 darjah selatan dan 115.6 darjah timur dengan jarak 98 km Tenggara dari Denpasar, Indonesia.
Bagaimanapun, katanya, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE