fbpx

Dr. Azizan lulus PhD daripada IPT tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asia e University (AeU) mengucapkan tahniah kepada Azizan susulan lulus pembentangan Viva Voce PhD pada 19 Ogos lalu.

PETALING JAYA – Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berjaya lulus dalam ijazah kedoktoran (PhD) selepas sesi pembentangan ‘Viva Voce’ bersama institut pengajian tinggi tempatan, Asia e University (AeU) Jumaat lalu.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, Azizan merupakan ‘role model’ (contoh) buat RichWorks dalam soal kepentingan meningkatkan ilmu sepanjang masa.

“Ini merupakan ijazah kedoktoran pertama Azizan yang diterima daripada universiti tempatan selain daripada PhD dari luar negara.

“Moga orang ramai terutama bangsa usahawan di luar sana dapat buka mata dan melihat kejayaan ini sebagai inspirasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Radz berkata, kelulusan PhD itu akan dimuktamadkan selepas keputusan senat AeU dalam masa terdekat.

Pada April lalu, Azizan bersama Pengerusi Eksekutif RichWorks, Datuk Zafrol Rizal Mat telah lulus peperiksaan akhir Chartered Institute of Management Accountants (CIMA).

“Lebih mengagumkan, pembelajaran Azizan tak berhenti di sini kerana beliau juga sedang mengikuti program di IMD Business School, Switzerland selepas selesai ikuti program di Columbia Business School, New York pada Mei lalu,” jelasnya.

Radz berkata, , melalui ilmu dan strategi yang terkini membuatkan RichWorks mampu menyediakan permentoran usahawan yang terbaik di bawah program Titanium dan Spire.

“RichWorks tidak hanya ‘jual air liur’selama 14 tahun seperti yang didakwa segelintir masyarakat sebaliknya datang dengan hasil yang terbukti.

“Kami telah dan sedang bina usahawan yang berjaya dengan keseluruhan jualan mencecah RM3.2 bilion melibatkan 300 usahawan Titanium Circle dan Premier pada 2021,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI