fbpx

Bella Hadid mahu dibesarkan dalam suasana Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA HADID

SUPERMODEL ternama, Bella Hadid secara terbuka mengaku sebenarnya dia ingin dibesarkan dalam lingkungan keluarga dan persekitaran yang mengamalkan ajaran Islam.

Menerusi satu temu bual bersama majalah GQ, wanita berusia 25 tahun itu memberitahu, selepas kedua-dua orang tuanya bercerai, dia dan juga adiknya, Gigi Hadid sebenarnya mahu mengikut bapanya, Mohamed Hadid.

“Selepas mereka bercerai sewaktu saya berusia empat tahun, saya dan juga adik sebenarnya mahu mengikut bapa.

“Sejujurnya saya ingin belajar dan membesar dalam persekitaran budaya Islam,” katanya.

Apabila meningkat dewasa, model berdarah Belanda-Palestin itu semakin banyak bertemu dengan orang-orang Muslim dan menyedari dia lebih selesa untuk bergaul dengan mereka.

“Saya memiliki pemikiran yang sama dengan orang-orang Islam dan lebih mudah menjadi diri sendiri,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI