fbpx

Bayi Park Si-eun mati dalam kandungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK SI-EUN

BERBAKI lebih kurang tiga minggu sebelum melahirkan anak, berita duka menyelubungi kehidupan pasangan pelakon Jin Tae-hyun dan isterinya, Park Si-eun apabila bayi mereka mati dalam kandungan.

Berita sedih tersebut dimaklumkan sendiri Tae-hyun dengan memberitahu, jantung anak mereka yang diberi gelaran Tae Eun tiba-tiba terhenti pada Selasa minggu lalu.

Perkara tersebut disedari ketika dia membawa Si-eun menjalani rawatan susulan di hospital.

“Jika dia bertahan untuk tiga minggu lagi, kami mungkin dapat melihat wajahnya tetapi berbaki 20 hari sebelum kelahiran, dia pergi meninggalkan kami.

“Selepas memberi harapan, cinta dan segala-galanya buat kami selama sembilan bulan, dia pergi tanpa sempat menunjukkan wajahnya,” kata Tae-hyun yang berkahwin dengan Si-eun pada 2015.

Biarpun begitu, aktor itu tidak pernah menyesal berkongsi perjalanan kehamilan isterinya kepada semua orang kerana menganggap itu semua adalah memori untuk dikenang.

Dia juga akur kehilangan anak tercinta dan berjanji untuk setia bersama isterinya.

“Untuk isteriku, ini bukan salah sesiapa. Rehatlah. Tak kira apa pun orang kata, saya okey. Saya sayangkan awak,” titipnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI