fbpx

47 lokasi di KL terjejas akibat pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan DBKL - FOTO: IHSAN FACEBOOK DBKL

PETALING JAYA – Sebanyak 47 lokasi direkodkan terjejas dalam kejadian pokok tumbang di sekitar Kuala Lumpur petang tadi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, sehingga pukul 7.30 malam tadi, sebanyak 47 aduan diterima oleh Skuad Kecemasan DBKL.

“Ia berikutan hujan lebat dan angin kuat yang berlaku pada pukul 4.30 petang, menyebabkan kejadian pokok tumbang dan dahan serkah di kawasan sekitar Kuala Lumpur.

“Namun, keadaan trafik pada ketika ini masih terkawal dan warden trafik telah dikerah ke lapangan bagi memastikan aliran trafik dalam keadaan lancar,” katanya.

Tambah kenyataan itu, kakitangan DBKL terdiri daripada Skuad Kecemasan dan Skuad Penyelamat telah turun kelapangan bagi melakukan kerja-kerja pengalihan batang pokok di kawasan-kawasan terlibat.

Turut membantu bersama-sama iaitu agensi sahabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). – KOSMO! ONLINE

47 lokasi yang terjejas dalam kejadian pokok tumbang.

1. Jln Semantan 2, Bukit Damansara
2. No. 17 Changkat Tunku, Bukit Tunku
3. No. 13 Persiaran Segambut
4. Hadapan pintu masuk Hentian Duta
5. Jln Ismail Gurney, Kg Kasipillay
6. No. 12, Selekoh Tunku, Bukit Tunku
7. No. 2A Jln Lurah Tunku, Bukit Tunku
8. Jln Persiaran Maybank, Bukit Nanas
9. No. 53 Jln Beka
10. No. 11 Lurah Tunku, Bukit Tunku
11. No. 6 Simpang Tunku Putra
12. Blok 15 B, Everett Tower,Jln Kiara, Mount Kiara
13. Jln Duta Mas seroja,Tmn Segambut SPPK
14. The Santuary Condominium,
15. Tinggian Tunku, Bukit Tunku
16. No. 11. Jln Semantan 2, Bukit Damansara
17. 77, Jln Setia Bakti, Bukit Damansara
18. Duta Pine Residences Sale Gallery
19. No 21, Jln Mangga,Kg Kasippilay
20. Jln Sultan Iskandar Berdekatan Wisma Tani
21. Hadapan Masjid Wilayah Persekutuan
22. No. 53. Jln Liku Beruas,Bukit Damansaara
23. Sang Suria Condominium, No. 1 Persiaran Park View, Sentul
24. Lingkaran Dutamam
25. Jln Kuching Berdekatan Bulatan Segambut 26. Persiaran Dutamas
27. Jln Kovil Ulu, Sentul
28. Persiaran Kuantan, Tmn Tasik Titiwangsa
29. No. 56 Persiaran Beruas, Bukit Damansara 30. No. 3 Jln Tuanku, Bukit Tunku
31. The Maple, Sentul West
32. Lorong Duta 1
33. Wisma Chese Perdana Off Jln Semantan 34. Persiaran Beruas, Bukit Damansara
35. No. 24 Jln Balau,Bukit Damansara
36. Jln Ledang Maktab, Kg Datuk Keramat 37. No. 8 Lorong Beruas, Bukit Damansara 38. No. 4 Jln Supiah Pillay, Sentul
39. No. 10 Jln Derumun, Bukit Damansara
40. Intan Kenny Condominium 29, Persiaran Bukit Tunku
41. No. 58 Jln Kasipillay, Jln Ipoh
42. Jln Ipoh Persimpangan Jln Persiaran Park View, Jln Ipoh 43. No. 6 Jln Lembah Duta Bukit Tunku
44. Jln Raja Laut Hadapan Pasaraya Wan Lee Heng
45. Changkat Duta Kiara
46. JKR 1716 Jln Ledang
47. Jln Lingkaran Dutamas 2

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI